FAQ

Frequently Asked Question

1- Apakah yang dimaksudkan "Refurbished Set"?

Bagi yang tak tau apa itu refurbished, Refurbished atau lebih dikenali sebagai "recond" adalah produk elektronik yang sebelum ini telah dikembalikan pembeli kepada pengeluar atau penjual atas pelbagai sebab. Setelah produk ini dibaiki ia akan diuji terlebih dahulu di kilang sebelum dijual semula. Selalunya produk ini 100% kelihatan seperti baru tanpa sebarang kesan calar.

Dari segi kualiti, "Refurbished" adalah jauh lebih baik dari "Used/Secondhand". "Used/Secondhand" adalah peranti yang dijual semula dalam keadaan sedia ada. Potensi untuk mendapat peranti yang batteri sudah "kong" amat tinggi dan terpulang kepada nasib anda samada ada mendapat peranti yang dijaga baik atau tidak dijaga baik oleh pengguna sebelum anda. Manakala "refurbished" pula ianya akan diuji dari segala sudut oleh pengilang sebelum ia dipasarkan semula. Jaminan tetap akan diberi bagi menambah keyakinan pembeli. Dan semestinya harga set refurbished adalah jauh lebih murah dari harga original new set tetapi lebih mahal dari harga "used/secondhand"di pasaran. 

2- Adakah ianya dilindungi jaminan pembekal?

Ya, 1 tahun jaminan diberikan oleh pembekal. Walaubagaimanapun bagi LCD, Touch Screen, Battery, Charger, Cable dan Earphone, jaminan yang diberikan adalah 1 bulan.






 
2012 EzyforSALE | Blogger Templates for HostGator Coupon Code Sponsors: WooThemes Coupon Code, Rockable Press Discount Code